Kesungguhan Mengingati Allah
Beliau tidak mengunyah makanannya seperti kebiasaan orang lain. Sebaliknya, beliau merendam makanan itu di dalam air lalu menelannya. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, beliau menjawab, “Aku berbuat demikian untuk menjimatkan masa kerana masa itu aku gunakan untuk membaca ayat-ayat al-Quran.”
Beliau juga tidak mengalihkan bekas airnya daripada cahaya matahari. Hal ini demikian kerana beliau tidak mahu membuang masa dengan menunggu air menjadi sejuk. Baginya, masa yang ada lebih baik digunakan untuk mengingati Allah.
Tidak Mempunyai Masa untuk Memikirkan Atap Rumah
Beliau tinggal di sebuah rumah yang buruk. Seseorang pernah berkata kepadanya, “Tuan, atap rumah ini sudah lapuk dan pada bila-bila masa sahaja boleh runtuh lalu menimpa tuan.”
Beliau menjawab, “Aku tidak mempunyai masa untuk melihat keadaan atap itu. Aku juga telah membuat keputusan untuk tidak membina rumah lagi sepanjang hayatku.”
Tidak lama selepas beliau meninggal dunia, atap rumah itu pun runtuh.
Tidak Mempunyai Masa untuk Mengurus Janggut
Pada suatu ketika, seseorang bertanya kepadanya, “Tuan, mengapakah tuan tidak mengurus janggut tuan?”
Beliau menjawab, “Aku tidak mempunyai masa untuk mengikat janggutku kerana masaku dipenuhi dengan mengingati Allah.”
Pesanan di Pintu Rumah
Ketika berada di pintu rumahnya, beliau memberikan nasihat, “Jauhkanlah diri daripada ahli dunia. Ketahuilah bahawa berbual kosong itu sia-sia, begitu juga melihat perkara-perkara yang tidak diperlukan.”
Membersihkan Hati
Setiap kali membasuh pakaiannya, beliau berkata, “Alangkah baiknya sekiranya aku dapat membasuh hatiku sebagaimana aku membasuh pakaian ini.”