Logo noorhisham.com
noorhisham.com Inspirasi • Ilmu • Pendidikan
Log Masuk
Cikgu Noor Hisham
Motivasi

Ma'ruf al-Karkhi

noorhisham.com 7 dibaca 0 komen
Ma'ruf al-Karkhi
“Kenapa tuan tidak membetulkan saya dalam sembahyang tadi?”

Kisah wali yang ke-22, Ma'ruf al-Karkhi.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Mekah, seorang hamba Allah kerana tersilap telah membelakangkan kiblat semasa sembahyang. Setelah dia sedar, dia bertanya kepada al-Karkhi, “Kenapa tuan tidak membetulkan saya dalam sembahyang tadi?”

Al-Karkhi menjawab, “Seorang darwis tidak berhak masuk campur dengan hal-hal kerohanian orang lain, begitu juga dengan hal-hal keduniaan.”

Satu hari, beliau tidak dapat berwuduk, padahal waktu sembahyang telah sampai. Oleh kerana tiada air, beliau pun bertayamum.

Orang berkata, “Tuan, sungai sudah jelas tidak jauh dari sini. Kenapa tuan tidak berwuduk di sana?”

Beliau menjawab, “Bagaimanapun dekatnya, saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke air itu atau tidak.”

Al-Karkhi berkata, “Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta itu.”

Perbincangan (0)

Belum ada komen. Jadilah yang pertama berkongsi pandangan!